• Video teaser untuk Galaxy Note 2


    Samsung telah menyebarkan sebuah video teaser kepada semua pada 19 September yang lalu bagi menunjukkan sedikit sebanyak apa yang bakal terjadi pada acara Samsung Mobile Unpack pada 29 September ini di Berlin. Di dalam video yang bertemakan 'All the things you can do in the blink of the eye with such a small and light thing' ini sedikit sebanyak menyokong bahawa ketibaan Samsung Galaxy Note 2 adalah benar. Ia juga memperlihatkan stylus Galaxy Note 2 yang hampir menyerupai stylus model terdahulu. Mengikut sumber yang dipercayai juga, bentuk peranti terbaru Samsung ini akan menyerupai Galaxy S III. Apa yang dinanti-nantikan adalah jangka hayat bateri Galaxy Note 2 ini akan ditingkatkan agar dapat bertahan lebih lama daripada semua peranti Samsung yang terdahulu kerana ia sangat penting bagi mereka yang kerap menggunakannya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain