• WhatsApp kini kembali ke dalam Windows Phone


    Jika anda adalah seorang pengguna Windows Phone? Anda mungkin akan perasan bahawa aplikasi popular WhatsApp telah pun dikeluarkan daripada WP Marketplace sejak beberapa hari yang lepas. Perkara ini telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mengandaikan bahawa WhatsApp tidak lagi disokong untuk sistem operasi Windows Phone. Namun, ternyata dakwaan itu adalah palsu belaka apabila aplikasi kegemaran ramai ini telah kembali semula dengan kemaskini terbaru untuk pengguna WhatsApp di luar sana. Dan yang pasti, aplikasi ini masih lagi percuma untuk dimuat turun oleh semua.


    Menurut informasi daripada blog My Nokia Blog, kemaskini terbaru WhatsApp untuk Windows Phone memperlihatkan peningkatan dari kelancaran aplikasi ketika digunakan berkemungkinan versi yang lama telah menggunakan banyak ruangan RAM. Jalan pintas juga sudah diperbaharui dan animasi untuk pembukaan ruangan chat telah diubah. Walau bagaimanapun, pihak WhatsApp masih belum mengumumkan senarai kemaskini yang rasmi untuk versi terbaru ini. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain