• Xiaomi Phone 2 - Telefon pintar Android terhebat


    Kita sering mendengar Samsung dan HTC berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon pintar Android terbaik dan tercanggih. Namun kini keadaannya bakal berubah apabila sebuah syarikat daripada China iaitu Xiaomi Tech telah membuka lembaran baru apabila mereka memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Phone 2. Walaupun nama Xiaomi tidak segah syarikat pengeluar telefon pintar yang lain, namun jangan sesekali anda perlekehkan kebolehan Xiaomi Phone 2 ini kerana ia bakal menggunakan Android Jelly Bean, lebih pantas daripada Samsung mahupun HTC.


    Xiaomi Phone 2 bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan empat teras Qualcomm Snapdragon S4 dan 2 GB RAM. Teknologi skrinnya pula menggunakan skrin Sharp dengan saiz 4.3 inci. Ia bakal memiliki 16 GB storan dalaman untuk simpanan data. Menariknya anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan bateri 2,000 mAh ataupun 3,000 mAh (sekiranya anda tidak kisah penambahan ketebalan peranti sebanyak 2mm). Kameranya juga agak hebat dengan adanya 8 megapixel di bahagian belakang dan 2 megapixel di bahagian hadapan. Terdapat juga aplikasi bantuan suara yang hampir menyerupai Siri beserta storan awan sebesar 5 GB. Ganas jugakan telefon pintar buatan dari China ini? Persoalannya adakah anda mempercayai peranti yang dikeluarkan daripada syarikat China dan akan sanggup memilikinya? Harga jualan dianggarkan bermula pada USD 310 (RM 1,085).
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain