• Aplikasi Instagram dalam pembikinan untuk MeeGo

    Instago -  Instagram untuk Nokia N9

    Pengguna Nokia N9 pasti akan bergembira selepas ini kerana aplikasi fotografi popular iaitu Instgram bakal dibina untuk sistem operasi MeeGo tidak lama lagi. Projek ini diterajui oleh komuniti Maemo dan MeeGo sendiri atas permintaan yang amat menggalakkan daripada semua pengguna Nokia N9 yang sedia ada. Instagram untuk MeeGo dikenali sebagai Instago. Buat masa ini anda hanya boleh melihat gambar-gambar popular menerusi aplikasi ini. Masih tiada sebarang sokongan untuk mengintegrasikan akaun Instagram ke dalam Instago buat masa ini. Walau bagaimanapun, pembina aplikasi Instago telah pun membuat rayuan ke atas Instagram untuk membenarkan pengintegrasian ini berlaku. Mereka juga akan meletakkan aplikasi ini ke dalam Nokia Store apabila ia telah siap sepenuhnya. Bagi mereka yang ingin mencuba Instago versi alpha, anda boleh pergi ke laman web Instago di sini atau klik seterusnya untuk melihat kod QR.

    Instago -  Instagram untuk Nokia N9
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain