• Aplikasi Youtube diperkenalkan secara rasmi untuk iPhone dan iPod Touch


    Google telah memperkenalkan aplikasi rasmi Youtube buat pengguna iPhone dan iPod Touch di luar sana berikutan langkah Apple mematikan sokongan mereka untuk aplikasi Youtube apabila iOS 6 dikeluarkan. Langkah ini sememangnya amat bagus kerana dengan ini Google akan bertanggungjawab untuk memastikan aplikasi ini sentiasa dikemaskini. Pandangan awal menunjukkan aplikasi Youtube untuk iOS lebih menyerupai aplikasi yang terdapat di dalam pernati Android. Walau bagaimanapun, anda boleh menyapu (swipe) skrin untuk melihat akses ke saluran dan tetapan dengan lebih pantas. Malah anda boleh melihat keputusan carian anda dengan lebih cepat sama seperti Google Search.


    Anda juga kini boleh membaca komen sambil menonton video yang anda sukai tidak seperti sebelum ini. Malah fungsi sokongan ke laman sosial menjadi lebih mudah di dalam aplikasi terbaru ini. Secara keseluruhan  ramai yang berpuas hati dengan aplikasi Youtube daripada Google ini. Sekiranya anda ingin memuat turun, anda boleh mengimbas kod QR di bawah.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain