• Apple mengakui kelemahan iOS Map


    Tim Cook, CEO kepada Apple telah memohon maaf kepada semua penggunanya kerana gagal menghasilkan kualiti aplikasi peta (Maps) untuk iOS6. Kenyataan itu dibuat berdasarkan beberapa komen dan kritikan daripada para pengguna yang telah menggunakan Maps terbaru itu. Maps untuk iOS 6 dikatakan tidak mampu berfungsi sebaik seperti apa yang telah digembar-gemburkan oleh pihak Apple sebelum ini. Kekurangan titik Point of Interest (POI) juga menjadi masalah utama di samping kedudukannya yang tidak tepat. Ekoran daripada itu, Tim Cook turut mencadangkan para pengguna mereka untuk menggunakan aplikasi peta yang lain seperti Google Maps, Nokia Maps, Garmin, Waze dan banyak lagi sementara mereka mengemaskini aplikasi Maps yang sedia ada. Mereka turut menyenaraikan aplikasi peta tambahan di dalam Apps Store. Tindakan Tim Cook dilihat amat wajar sekali kerana ia mungkin dapat mengurangkan sedikit kemarahan para pengguna Apple, terutamanya iPhone 5 di seluruh dunia.

    Sumber informasi : Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain