• Galaxy S3 Mini bakal menjadi pesaing iPhone 5


    Samsung Galaxy S3 Mini dikatakan bakal diperkenalkan oleh Samsung sebagai langkah mereka untuk menyaingi kemunculan iPhone 5 daripada Apple tidak lama lagi. Apple akan membuat pengumuman rasmi iPhone 5 pada 12 September ini dan dijangka akan berada di pasaran mulai 21 September. Oleh kerana itu, Samsung cuba menarik perhatian semua dengan harga Galaxy S3 Mini yang lebih murah. Sesetengah pihak mengkhabarkan ia bakal berharga RM1555 sahaja. Telefon pintar ini dikatakan bakal memiliki cip pemprosesan dwi teras, skrin AMOLED berkeluasan 4.0 inci dan kamera 5 megapixel. Buat masa ini, tidak terdapat sebarang pengumuman rasmi daripada Samsung namun kebanyakkan penulis blog di luar sana mengatakan ia bakal diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

    Sumber informasi : TechRadar
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain