• Garmin boleh menjadi pengganti kepada Map iOS 6


    Ramai yang sedia maklum bahawa aplikasi Map di dalam iOS 6 terbaru tidak mampu berfungsi setanding Google Maps dan Nokia Drive. Malah ada beberapa pihak yang melaporkan kedudukan POI (Point of Interest) yang ditunjukkan tidak tepat. Oleh kerana itu, pengguna iOS 6 terutamanya iPhone 5, telah mencari alternatif lain yang boleh digunakan bagi menggantikan fungsi Map yang sedia ada. Salah satu aplikasi yang kian mendapat tempat di hati pengguna iOS 6 adalah, Garmin.

    Garmin memang terkenal dalam memperkenalkan peranti GPS kereta di seluruh dunia malah ia turut digunakan di dalam telefon pintar Nokia Symbian beberapa tahun yang lalu. Pada awal tahun 2012, Garmin telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka kepada pengguna iOS. Ia memberikan sokongan GPS turn bu turn di samping terdapat sokongan suara dalam Bahasa Malaysia. Terdapat juga peta Malaysia yang telah dioptimakan sama seperti peranti GPS Garmin yang sedia ada. Walaupun aplikasi ini adalah aplikasi berbayar, namun anda boelh menjadikan ia sebagai alternatif tambahan sekiranya anda benar-benar memerlukan sokongan GPS di dalam iPhone 5. Jika anda berminat, sil layari laman web mereka di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain