• Google Nexus 7 bakal menerima sokongan 3G


    Google bakal memperkenalkan sokongan 3G buat tablet Nexus 7 tidak lama lagi. Ini berikutan permintaan yang amat memberangsangkan daripada peminat-peminat setia peranti keluarga Nexus. Malah pengeluar tablet yang lain seperti Samsung, Asus, Lenovo, Dell, Amazon dan Apple mula menjual tablet terbaru mereka tidak lama lagi. Ini semestinya suatu persaingan sengit buat Google Nexus 7. Dikhabarkan versi 3G tablet ini bakal muncul dalam masa 6 minggu lagi. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang kenyataan yang menyokong sama ada Nexus 7 bakal menerima sokongan fungsi panggilan telefon ataupun tidak. Kemungkinan besar, sokongan 3G yang diberikan hanyalah untuk Internet sahaja.

    Sumber: CNET
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain