• Harga HTC Windows Phone 8X dan 8S diumumkan


    HTC telah membuka langkah seterusnya lebih awal daripada Nokia dengan mengumumkan harga telefon pintar Windows Phone 8S dan 8X kepada dunia. Menurut laman web GSMArena, Windows Phone 8S bakal berharga RM 1120 manakala Windows Phone 8X pula bakal boleh didapati dengan harga RM 1980. Harga-harga ini merupakan harga rasmi kedua-dua telefon ini di United Kingdom tanpa sebarang kontrak dengan syarikat telekomunikasi. Sudah pasti ramai yang akan berminat memiliki telefon-telefon pintar ini kerana tawaran harganya agak murah berbanding telefon pintar Android dan iPhone yang sedia ada. Persoalannya bilakah Nokia akan mengumumkan harga rasmi untuk Lumia 920 dan Lumia 820? Ada kemungkinan harganya bakal dalam lingkungan yang sama kerana kedua-duanya memiliki spesifikasi yang hampir serupa dengan HTC. Windows Phone 8X dan 8S akan mula dipasarkan bermula pada pertengahan bulan November dan masih lagi tiada berita bilakah ia akan dibawa masuk ke Malaysia. Nampaknya zaman kegemilangan Windows Phone bakal bermula tidak lama lagi.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain