• Harga Samsung Galaxy Note 2 - RM2515?


    Ramai yang ingin mengetahui harga pasaran untuk Samsung Galaxy Note 2 setelah ia diperkenalkan di IFA 2012. Vodafone Jerman telah memulakan langkah awal dengan mengumumkan harga rasmi Galaxy Note 2 dengan harga RM2515 (€639.90). Harga ini merupakan harga tanpa subsidi atau sebarang ikatan kontrak. Dijangkakan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia juga bakal membawa masuk peranti ini pada bulan Oktober. Ada kemungkinan harganya mungkin akan ditingkatkan sedikit bagi menampung kos yang lain (cukai dan sebagainya). Apple juga bakal memperkenalkan versi terbaru iPhone mereka pada 12 September ini dan jangkaan awal mengatakan harganya juga bakal berada dalam lingkungan yang sama seperti Galaxy Note 2.

    Bilakah Samsung Galaxy Note 2 akan dilancarkan di Malaysia? Ikuti berita seterusnya di sini.



    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain