• HTC Accord menggunakan Windows Phone 8


    Seperti kebiasaannya, akan terdapat banyak informasi yang akan tersebar di Internet sebelum pelancaran rasmi apa-apa sahaja telefon pintar. HTC juga turut tidak terkecuali di mana spesifikasi untuk Windows Phone 8 pertama yang digelar sebagai HTC Accord telah pun tersebar meluas di ruangan maya ini. Mengikut spesifikasi tersebut, HTC Accord atau juga dikenali sebagai HTC 8X, akan menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.2 GHz dan RAM 1 GB. Menariknya HTC juga akan menggunakan microSIM seperti yang digunakan oleh iPhone dan juga Nokia Lumia. Saiz skrinnya juga agak besar dengan keluasan 4.3 inci. HTC juga akan membawa masuk teknologi Beats Audio, rakan kongsi mereka sejak pengenalan One X suatu masa dulu. Mungkin HTC Accord ini tidak akan dijadikan sebagai telefon pintar utama daripada HTC namun ia mampu menjadi pesaing kepada pengeluar Windows Phone 8 di luar sana seperti Nokia dan juga Samsung. HTC akan memperkenalkan beberapa telefon pintar terbaru pada 19 September ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain