• HTC akan umumkan telefon pintar hari ini


    Hari yang dinanti-nantikan oleh peminat setia HTC telah tiba. HTC bakal memperkenalkan peranti terbaru mereka pada malam ini pada jam 11 (sumber daripada Amanz). Sehubungan dengan majlis pada malam ini, mereka juga turut memperkenalkan teaser  terbaru di laman Facebook dan Twitter sebagai tanda kemunculan sesuatu yang menarik. Di dalam teaser  itu jelas kelihatan sebahagian bucu peranti Windows Phone 8. Mungkinkah telefon pintar terbaru syarikat daripada Taiwan ini mampu mengalahkan Nokia Lumia 920 dan 820 sebagai peneraju utama Windows Phone 8 di masa depan? Atau mungkin juga mereka akan memperkenalkan tablet pertama yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 8? Anda boleh mengikuti laman web Amanz, Engadget atau Twitter @drexar untuk mendapatkan liputan terkini pengumuman rasmi HTC malam ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain