• HTC bakal perkenalkan HTC One X5 dengan skrin 5 inci


    Selain daripada Apple, Nokia, dan Samsung, HTC juga bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada 19 September (20 September waktu Malaysia). Menurut sumber daripada GSMArena dan Android Community, HTC dijangkakan bakal memperkenalkan HTC One X5 dengan skrin berukuran 5 inci. Ia dijangkakan bakal menjadi pesaing kepada Samsung Galaxy Note 2 kerana ukuran saiz skrinnya. Ramalan awal mengatakan HTC One X5 akan menggunakan cip pemprosesan empat teras Snapdragon S4 Pro. Seperti biasa, telefon pintar ini akan memperoleh sokongan BeatsAudio hasil kerjasama HTC dengan syarikat audio popular ini. Apa yang menjadikan HTC One X5 sangat menarik adalah saiz skrinnya yang benar-benar luas dan digunakan dengan sepenuhnya untuk memberikan pengalaman HD yang sebenar kepada para penggunanya.

    Kemaskini terkini : Engadget melaporkan gambar di atas hanyalah gambar konsep yang dibuat oleh Danny Tu di Flickr. Tidak pasti sama ada informasi ini adalah benar mahupun palsu.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain