• HTC bakal perkenalkan peranti baru pada 19 September


    Bulan September ini boleh dikatakan sebagai bulan gajet kerana hampir semua pengeluar-pengeluar utama gajet di seluruh dunia akan memperkenalkan peranti terbaru mereka dalam bulan ini termasuklah Samsung, Nokia, Motorola dan Apple. Kini, HTC juga telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat sesi pengenalan peranti terbaru mereka pada 19 September 2012, seminggu selepas Apple memperkenalkan iPhone terbaru mereka. Majlis ini bakal di adakan di New York. Buat masa ini semua pihak masih lagi tertanya-tanya apakah peranti yang bakal diperkenalkan oleh HTC pada majlis ini. Ada yang membuat andaian awal bahawa HTC akan mengumumkan telefon pintar Windows Phone 8, tablet dan juga tidak dilupakan telefon pintar Android. Nampaknya setiap minggu di bulan September akan dipenuhi dengan berita gajet terkini. Ikuti Drexar21.com untuk perkembangan terkini.

    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain