• HTC One X+ muncul di dalam brochure O2 UK



    Kemunculan HTC One X+ di dalam brochure O2 United Kingdom telah menjadi bualan ramai kerana ini merupakan penampilan pertama telefon pintar ini kepada umum. One X+ yang bakal menjadi pengganti kepada One X yang sedia ada akan memiliki storan dalaman 64GB bersama-sama cip pemprosesan empat teras 1.7GHz. Menarik sekali ia akan terus mendapat kemaskini Android terbaru iaitu Jelly Bean. Seperti telefon pintar HTC yang lain, ia akan memperoleh sokongan Beats Audio dengan 8MP kamera. Jika anda peminat setia Dropbox, anda akan menerima hadiah 25GB storan awan percuma dengan setiap pembelian. Buat masa ini masih tiada lagi sebarang pengumuman untuk tarikh rasmi HTC One X+. Apa yang masih menjadi tanda tanya kepada umum adalah saiz kapasiti bateri telefon pintar ini. Ramai yang mengharapkan penambahan saiz kapasiti bateri yang lebih tinggi berbanding One X kerana ia sudah menjadi masalah utama buat semua pengguna telefon pintar masa kini.

    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain