• HTC Windows Phone 8X pencabar utama Nokia Lumia 920


    Nokia kini tidak bersendirian dalam menggunakan teknologi sistem operasi Windows Phone. HTC kali ini telah tampil dengan lebih bergaya apabila mereka telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar yang diberi nama Windows Phone 8X. Telefon ini dijangka bakal menjadi pencabar kepada Nokia Lumia 920 kerana ia memiliki spesifikasi yang menyerupai Lumia 920 itu sendiri. Windows Phone 8X memiliki skrin sebesar 4.3 inci dan hanya setebal 10.1mm. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon S4 dwi teras 1.5 GHz dengan 1GB RAM. Menariknya kamera di bahagian depannya menggunakan 2.1MP manakal di bahagian belakang, 8MP dengan sensor BSI. Berlainan daripada Lumia 920, Windows Phone 8X (namanya agak panjang) memiliki 16GB storan dalaman namun disertakan sekali dengan sokongan microSD. Jika anda peminat NFC, anda tidak perlu risau kerana ia turut didatangkan sekali buat anda. Malah sistem Beats Audio yang popular juga telah diimplementasikan bagi memberikan kepuasan kepada para pendengarnya. HTC Windows Phone 8X akan didatangkan dengan empat warna yang berbeza iaitu biru, hitam, merah dan juga kuning. Jangkaan awal mengatakan bahawa telefon pintar ini bakal mula dipasarkan pada bulan November ini. Persoalannya adakah Nokia bakal menyaman HTC kerana menggunakan warna dan konsep yang hampir menyerupai peranti terbaru mereka?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain