• iOS 6 kini sedia dimuat turun untuk pengguna di Malaysia


    iOS 6

    Buat pengguna iOS di seluruh Malaysia, kini anda sudah boleh mengemaskini iPhone dan iPod Touch anda sekarang untuk mendapatkan iOS 6, sistem operasi terkini untuk produk Apple. Kemaskini iOS 6 membawakan lebih 200 fungsi terbaru kepada para penggunanya termasuklah teknologi Map terbaru daripada Apple sendiri (lengkap dengan navigasi turn-by-turn), penambahbaikan sistem Siri, integrasi bersam-sama dengan Facebook dengan lebih mendalam, perkongsian Photo Stream, Passbook, FaceTime yang diperbaharui, serta banyak lagi. Anda boleh memuat turun kemaskini iOS 6 ini dengan mudah tanpa menyambungkan peranti anda kepada laptop mahupun PC. Anda hanya perlu pergi ke Settings, dan memilih pilihan General. Kemudian, pilih pilihan Software Update dan tekan butang Download and Install untuk memulakan kemaskini. Namun, perlu diingatkan kemaskini iOS bakal memperlihatkan kehilangan fungsi Google Maps yang ada pada iOS 5 sebelum ini. Malah anda masih belum boleh membuat jailbreak ke atas iOS terbaru ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain