• iPhone 5 bakal tiba di Malaysia pada 26 Oktober

    Menurut akhbar tempatan, Malay Mail, iPhone 5 bakal tiba di Malaysia bermula pada 26 Oktober ini. Informasi ini telah diterima daripada mereka yang terlibat dalam industri ini. Celcom, Maxis dan DiGi pula bakal menjadi syarikat telekomunikasi utama yang bakal memperkenalkan pakej bersama-sama iPhone 5. Dijangka ramai yang akan beratur semata-mata demi mendapatkan peranti terkini daripada Apple ini. Di Amerika Syarikat, iPhone 5 boleh didapati dengan harga $199 (RM611.50), $299 (RM918.80) dan $399 (RM1,266) dengan pakej syarikat telekomunikasi di sana. Syarikat telekomunikasi di Malaysia juga bakal memperkenalkan kad SIM Nano kepada semua apabila iPhone 5 ini dilancarkan. Ia merupakan telefon pintar yang pertama menggunakan kad SIM paling kecil di dunia ini. Bagi yang ingin mendapatkan iPhone 5 dengan lebih awal, anda juga boleh membelinya di Singapura kerana ia bakal dilancarkan seawal 21 September ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain