• iPhone 5 dipersembahkan kepada dunia secara rasmi


    Akhirnya setelah sekian lama kita menunggu, iPhone 5 sudah pun memunculkan dirinya kepada dunia. Telefon pintar yang dijangka bakal menjadi peneraju utama Apple ini dilihat sebagai suatu kejayaan besar kepada keluarga iPhone sebelum ini. Bertemakan 'The biggest thing to happen to iPhone since iPhone.', iPhone 5 telah dilancarkan pada awal pagi tadi, jam 1 pagi. iPhone 5 dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini Apple iaitu A6 (sama seperti the new iPad). Menariknya, iPhone 5 dilihat lebih ringan dan lebih nipis berbanding iPhone 4S. Keunikan utama yang dapat dilihat pada iPhone 5 adalah saiz skrinnya yang lebih besar dan panjang. Kini iPhone memiliki saiz skrin 4 inci dengan sokongan paparan Retina (1136 x 640 pixel, 326 dpi). Fungsi iSight juga kelihatan amat menarik di mana ia dikatakan mampu menangkap gambar dengan baik walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang. Fungsi Panorama turut dilengkapi bagi membolehkan anda menangkap gambar yang lebih lebar. Jika anda suka mengambil video, anda pasti akan gembira kerana sistem penstabilan video juga turut diperkenalkan.


    iPhone 5 dikatakan mampu bertahan dengan lebih lama dengan masa bercakap selama 8 jam. Penyambung wayarnya juga telah menjadi lebih kecil dan dinamakan sebagai 'Lightning'. Ia mampu membuat transmisi fail dengan lebih cepat dari yang sedia ada. Rekaan berbeza jelas kelihatan pada earphone iPhone 5. Apple telah menamakan ia sebagai EarPods dan dikatakan mampu menghasilkan bunyi yang lebih baik daripada earphone yang sedia ada. Malah kajian telah dilakukan selama 3 tahun bagi memastikan teknologi bunyi yang terbaik. 

    Terdapat banyak komen daripada pengguna tentang iPhone 5 sejak awal pagi. Komen-komen ini kelihatan berbelah bahagi di mana ada yang menyukai dan akan membelinya dan tidak kurang pula ada yang mengutuk dan mempersoalkan kredibiliti iPhone sebagai peneraju telefon pintar di dunia. Mungkinkah juga Samsung akan menyaman Apple kerana teknologi LTE sudah dihak cipta oleh mereka sebelum?


    Bagi yang ingin mendapatkan iPhone 5, Malaysia mungkin akan menerima telefon pintar terkini daripada Apple ini pada bulan Oktober atau Disember. Singapura bakal menjadi negara Asia Tenggara pertama yang akan menerima iPhone 5 bersama-sama teknologi LTE pada penghujung bulan ini. Ketahui informasi tentang iPhone 5 dengan lebih lanjut di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain