• iPod Nano - Lebih panjang dan lebih fungsi


    Apple tidak sesekali melupakan peranti lama mereka yang lain. Ini termasuklah iPod Nano yang juga menerima kemaskini terbaru semalam. iPod Nano terbaru daripada Apple ini kelihatan semakin memanjang kerana sebelum ini hanya terdapat empat ikon di paparan depan. Kini iPod Nano ditambah 2 ikon tambahan menjadikan ia grid 2x3. Menariknya terdapat beberapa aplikasi tambahan yang diperkenalkan bersama-samanya seperti Nike Fitness dan juga Radio. Dengan Nike Fitness, anda boleh merekod aktiviti sukan anda dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan FM Radio yang terdapat pada iPod Nano kerana fungsi ini sudah pun disertakan bersama-sama dengannya. Namun anda perlu meletakkan Earpods ke iPod Nano anda untuk menggunakannya. 


    iPod Nano terbaru boleh didapati dalam tujuh warna yang berlainan iaitu hitam, ungu, cyan, hijau, putih, kuning dan magenta. Fungsi paling menarik pada peranti ini adalah Video kerana sebelum ini iPod Nano tidak menyokong pemain video. Walaupun saiz skrinnya agak kecil, namun ia sudah cukup untuk mereka yang inginkan sesuatu yang ringan, mudah dan ringkas. Tambahan, sokongan Bluetooth juga disertakan sekali bagi membolehkan anda mendengar lagu tanpa wayar. iPod Nano ini dijangka bakal menarik minat ramai peminat sukan dan muzik di luar sana kerana faktor saiznya. Ia boleh didapati pada harga RM 520.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain