• iPod Touch 5 - Kini tampil berwarna-warni


    Selain daripada iPhone 5, Apple turut memperkenalkan generasi terbaru iPod Touch yang dikenali sebagai iPod Touch 5 (Generasi kelima). iPod Touch terbaru ini kelihatan hampir menyerupai reka bentuk iPhone 5 kerana ia memiliki saiz skrin yang lebih panjang. Menariknya, ia didatangkan dalam 5 warna yang berbeza iaitu kuning, magenta, putih, cyan dan juga hitam. Ini sememangnya amat mengujakan kerana sebelum ini iPod Touch hanya memiliki 2 warna yang berlainan untuk dipilih. Ia turut didatangkan sekali dengan Earpods, teknologi earphone terbaru daripada Apple. Dari segi spesifikasi, iPod Touch 5 memiliki cip pemprosesan A5 yang digunakan di dalam iPhone 4S pada masa sekarang. Ia dikatakan akan menjadi lebih pantas dan lebih responsif berbanding iPod Touch terdahulu.


    Kamera iPod Touch juga telah dipertingkatkan kepada 5 megapixel dengan teknologi iSight. Ini bermakna ia mampu menangkap video sebesar 1080p HD. Fungsi panaroma juga disertakan sekali untuk anda menangkap gambar di sekeliling anda dengan lebih luas. Dengan adanya flash di sebelah kamera 5 mp ini, iPod Touch 5 dijangka bakal dijual umpama pisang goreng panas kerana ia juga boleh digunakan sebagai pengganti kepada kamera biasa.


    Selain daripada itu, anda boleh juga meletakkan tali tambahan pada iPod Touch anda sebagai aksesori tambahan. Ia juga bertindak sebagai tali keselamatan apabila anda mengambil gambar di kawasan yang berbahaya. Apple juga tidak melupakan iPod Touch 5 apabila mereka akan membawa masuk fungsi Siri dan sistem operasi terbaru mereka iaitu iOS ke dalam peranti ini. Mungkin mereka yang tidak berminat dengan iPhone 5 akan mencuba iPod Touch 5 yang lebih pop dan moden.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain