• Kaji selidik menarik tentang kemunculan iPhone terbaru

     

    TechBargains.com telah membuat suatu kaji selidik ke atas 1,300 orang awam pada bulan lepas bagi mengenal pasti sama ada iPhone terbaru yang akan diperkenalkan oleh Apple pada minggu depan akan menjadi popular ataupun tidak. Mengikut keputusan kaji selidik tersebut, dijangkakan populariti iPhone terbaru ini bakal menyamai populariti iPad terbaru suatu ketika dahulu dengan 45% mengatakan mereka akan membeli telefon pintar keluaran Apple ini. Apabila ditanyakan soalan bilakah pengguna akan mula membeli iPhone, 55% masih belum menetapkan tarikhnya. Namun 35% mengatakan mereka akan membelinya di Internet pada hari ia dilancarkan. Nampaknya populariti beratur dan menunggu di kedai-kedai Apple semakin berkurangan apabila hanya 10% sahaja yang sanggup berbaris.



    Soalan yang paling menarik adalah siapakah yang bakal membeli iPhone terbaru ini? 74% daripada pengguna iPhone 4 mengatakan ya. Menariknya hanya 22% pengguna Android sahaja yang berminat untuk membeli iPhone ini. Kebanyakkan pengguna inginkan iPhone terbaru memiliki ketahanan bateri yang lebih lama berbanding yang sedia ada dengan peratusan sebanyak 93%. Ini sudah pasti kerana ia adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh semua pengguna telefon pintar di luar sana. Secara purata, sebuah telefon pintar hanya mampu bertahan selama 7 jam sahaja. Ada juga yang mahukan cip pemprosesan yang lebih pantas di samping skrin yang lebih besar daripada yang sedia ada. Jika anda mahu melihat keputusan penuh kaji selidik ini, anda boleh pergi laman TechBargains di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain