• Kamera Lumia 920 dinilai semula oleh The Verge


    Selepas pelancaran Nokia Lumia 920, Nokia menerima tamparan hebat apabila beberapa pihak mempersoalkan video dan gambar yang telah dipertontonkan ketika majlis pelancaran telefon pintar terbaru itu. Nokia dikatakan telah menipu melalui iklan-iklan mereka dan tidak menggunakan Lumia 920 yang sebenarnya. Oleh kerana itu, kredibiliti Lumia 920 juga dipersoalkan sama ada ia mampu menghasilkan input yang sama seperti yang digembar-gemburkan oleh Nokia. Demi membuktikan keberkesanan kamera Lumia 920, Nokia telah menjemput The Verge, sebuah laman blog teknologi terkenal, untuk mencuba sendiri teknologi kamera peranti ini. Mereka juga telah membuat beberapa perbandingan dengan telefon pintar yang lain seperti Samsung Galaxy S3, HTC One X, dan iPhone 4S. Hasilnya menunjukkan kualiti gambar yang ditangkap oleh Nokia Lumia 920 jauh lebih cantik berbanding peranti yang lain. Untuk melihat video ujian ini ketika ia dijalankan, sila klik seterusnya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain