• Laman Amanz.my menerima kemaskini reka bentuk terbaru

    Amanz.my Reka bentuk terbaru

    Buat mereka yang sering mengikuti perkembangan teknologi dan gajet terkini, anda sudah pasti amat biasa dengan laman web Amanz.my. Laman web ini sememangnya amat popular dengan informasi dan berita terkini tentang gajet dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Kini, Amanz.my telah pun menerima kemaskini reka bentuk terbaru seiring dengan peningkatan bilangan pembaca mereka. Reka bentuk terbaru laman ini kelihatan lebih lebar dan luas berbanding sebelumnya kerana ia menggunakan kelebihan wide-screen dengan sepenuhnya. Artikel-artikelnya juga telah disusun dengan lebih teratur dan menarik bagi memudahkan para pembaca setia mereka melihat berita terkini. 


    Laman baru Amanz.my ini juga memperlihatkan fungsi terbaru mereka iaitu Amanz TV di mana ia memperlihatkan kesemua video yang telah dirakamkan dengan lebih besar. Ruangan pengiklanan Amanz.my juga kelihatan lebih tersusun rapi tanpa mengganggu anda ketika membaca. Kebanyakkan pembaca Amanz amat berpuas hati dan memuji reka bentuk terbaru laman web ini dan akan terus menyokong Amanz dalam menjadikan ia laman informasi teknologi terbaik dalam bahasa Melayu.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain