• Laman blog Drexar21.com dikemaskini semula


    Drexar21.com sekali lagi menerima kemaskini reka bentuk pada tahun ini dengan menampilkan beberapa fungsi tambahan bagi meningkatkan mutu pembacaan anda di laman blog ini. Kami telah meletakkan Slider Highlights bagi menampilkan beberapa bacaan yang mungkin akan menarik minat meraka yang hadir ke laman blog Drexar21.com dari bahagian hadapan. Di samping itu, fungsi ini menjadikan laman blog kami lebih lebar dan mesra buat para pembaca. Fungsi komentar di dalam blog ini juga telah diubahsuai kepada Disqus, kerana ia dilihat lebih mudah dan efisyen. Malah Disqus juga banyak digunakan di dalam laman-laman blog teknologi popular seperti Engadget. Jika anda berminat dengan artikel yang anda baca, anda juga boleh berikan satu bintang. Bagi mereka yang ingin mengenali dengan lebih lanjut mengenai fungsi Disqus, anda boleh layari laman web mereka di sini. Kami turut menyertakan senarai blog teknologi tempatan di bahagian footer laman blog ini bagi mempromosikan lagi informasi berkenaan teknologi yang ditulis oleh anak Malaysia. Ini umpama sebagai salah satu cara Drexar21.com menghargai usaha mereka. Jadi, apakah komen anda dengan kemaskini terbaru laman blog kami? Berikan komen anda di bawah ya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain