• Molome v3 Pheonix bakal datang ke Windows Phone, Android, BB10 dan iOS


    Aplikasi Molome yang kian popular di kalangan pengguna Nokia dan Blackberry kini telah dihidupkan semula. Menurut informasi daripada laman blog Molome, Molome versi ke-3 iaitu Pheonix bakal boleh didapati di telefon-telefon terkini seperti iOS, Android, Windows Phone dan juga BB10. Buat mereka yang tidak mengetahui apakah itu Molome, ia merupakan aplikasi seumpama Instagram namun dengan konsep yang sedikit berlainan. Molome Pheonix bakal memperlihatkan paparan pengguna dan sistem sokongan yang baru bagi menampung kapasiti transaksi yang lebih besar di masa akan datang. Bersesuaian dengan konsep burung Pheonix, ia seolah-olah seperti Molome telah dilahirkan semula kepada semua pengguna telefon pintar. Molome Pheonix akan boleh didapati tidak lama lagi dalam suku keempat tahun ini. Sayang sekali pihak Molome tidak menjanjikan sama ada mereka akan membawa masuk Molome Pheonix ini ke dalam sistem operasi terdahulu seperti Symbian, MeeGo, Blackberry OS. Namun, mereka akan tetap terus menyokong Molome versi ke-2 buat sistem-sistem operasi berikut.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain