• Motorola Droid Razr HD dengan bateri tahan lama


    Hampir semua telefon pintar yang sedia ada sekarang menghadapi masalah ketahanan bateri di mana kebanyakkannya hanya mampu bertahan kurang daripada sehari. Bagi mengatasi masalah ini, Motorola telah memperkenalkan peranti terbaru mereka iaitu Motorola Droid Razr HD. Telefon pintar ini menggunakan  bateri 2,530 mAh dengan ketahanan 16 jam masa bercakap. Cip pemprosesan Qulacomm dwi teras Krait dan 1GB RAM telah dijadikan sebagai nadi utama telefon pintar ini. Skrinnya yang agak besar iaitu 4.7 inci sudah pasti menarik minat mereka yang suka menonton video di dalam telefon pintar. Sayangnya Motorola Droid Razr HD ini hanya menggunakan Android Ice Cream Sandwich sahaja namun ia dijangka bakal boleh dikemaskini kepada Jelly Bean tidak lama lagi kerana Motorola merupakan salah sebuah anak syarikat Google.

    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain