• Nano SIM iPhone 5 daripada DiGi dan Maxis


    Maxis dan DiGi merupakan antara syarikat telekomunikasi Malaysia yang pertama memperkenalkan Nano SIM untuk pengguna iPhone 5. Maxis mengorak langkah pertama apabila mereka mengumumkan para pengguna mereka boleh membuat pertukaran kepada Nano SIM bermula 24 September (semalam) dengan caj RM25 untuk setiap pertukaran yang dibuat. Buat masa ini hanya beberapa Maxis Centre yang menawarkan khidmat ini termasuklah KLCC, Taman Tun Dr. Ismail, Sunway Pyramid, The Gardens, Quensbay Mall dan Danga Bay. Dijangkakan anda boleh menukar kad SIM biasa kepada Nano SIM di Maxis Centre yang lain sebelum penghujung bulan ini.

    Selain daripada Maxis, DiGi juga akan menawarkan khidmat penukaran Nano SIM bermula pada 26 September ini. Menariknya caj penukaran bagi pengguna pra-bayar DiGi hanyalah serendah RM20 sahaja. malah sekiranya anda pengguna baru DiGi, anda akan ditawarkan dengan Nano SIM dengan percuma (pasca dan pra bayar). Beberapa kedai DiGi di Lembah Klang akan mula menyediakan khidmat ini bermula esok dan dijangkakan akan berada di seluruh negera seawal bulan Oktober ini. Untuk sebarang informasi tambahan, anda boleh layari laman web DiGi di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain