• Nexus 7 bakal tiba di Malaysia pada 21 September


    Tablet pertama dalam keluarga Nexus iaitu Nexus 7 bakal berada di pasaran Malaysia pada 21 September ini. Projek usaha sama antara Google dan Nexus ini sudah semestinya akan mengembirakan ramai peminat Android di luar sana kerana harga Nexus 7 dikatakan amat murah dan boleh dimiliki oleh semua. Ura-ura mengatakan ia akan dijual bermula pada harga RM 850. Nexus 7 menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.3 GHz Cortex-A9 berserta sistem operasi Android terkini iaitu Jelly Bean (Android 4.1). Paling menarik sekali adalah peranti ini mampu bertahan dengan lebih lama kerana ia dilengkapi dengan kapasiti bateri Li-Ion 4325 mAh. Sayang sekali ia tidak disertakan sekali dengan sokongan 3G. Malah tidak terdapat kamera di bahagian belakang. Satu-satunya kamera yang disediakan adalah sebesar 1.2 MP di bahagian hadapan. Faktor ketiadaan kamera ini mungkin akan menjadi antara sebab mengapa pengguna tidak akan memilih Nexus 7 berbanding Samsung Galaxy Tab di luar sana. Nexus 7 memiliki dua versi iaitu 8GB (RM850) dan 16GB (RM1050).
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain