• Nokia Asha 308 dan 309 telefon mampu milik dengan sokongan dwi SIM


    Nokia Asha 308 dan 309 telah pun diperkenalkan sebentar tadi sebagai penambahan terbaru dalam keluarga siri Asha daripada Nokia. Seperti yang kita sedia maklum, telefon bimbit siri Asha ini merupakan telefon mampu milik yang dikeluarkan oleh Nokia yang mampu menyokong penggunaan dua SIM kad pada satu masa. Kedua-dua telefon ini mungkin bukan pesaing kepada nama-nama telefon pintar popular seperti Galaxy S3 ataupun iPhone 5, namun ia boleh dijadikan sebagai telefon asas bagi mereka yang kurang berkemampuan. Asha 308 dan 309 memiliki spesifikasi yang serupa iaitu cip pemprosesan 800 MHz, bateri 1,110 mAh dan 20 MB storan dalaman dengan sokongan sehingga 32GB MicroSD. Rekaan sistem operasinya hampir menyerupai Symbian dan juga MeeGo. Jika anda mahukan aplikasi Facebook, dan Twitter, anda tidak perlu risau kerana ia turut disertakan bersama. Malah aplikasi komunikasi popular Whatsapp juga boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar Asha. Ia mempunyai 2 megapixel kamera di bahagian belakang tanpa sebarang sokongan flash. Dari segi harga, ia jauh lebih murah kerana bakal dijual dengan harga RM300 ($99) pada penghujung tahun ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain