• Nokia Lauta pengganti N9 yang dipinggirkan


    Nokia Lauta (RM-742) merupakan inovasi daripada Nokia N9 yang menggunakan sistem operasi MeeGo. Namun setelah Nokia mengumumkan pengunduran mereka daripada sistem operasi ini, Lauta ini telah dipinggirkan ke tepi tanpa sebarang perancangan untuk memasarkannya kepada pengguna. Nokia Lauta dikatakan sepatutnya diperkenalkan pada suku keempat 2011 yang lepas. Jika dilihat dengan lebih teliti, telefon pintar MeeGo ini hampir menyerupai N950 dan N900 di mana ia didatangkan bersama papan kekunci tambahan. Gambar ini merupakan gambar prototaip sahaja oleh itu warnanya bukanlah gabungan merah dan hitam seperti yang terdapat di dalam gambar. Dikhabarkan ia sepatutnya memiliki tiga warna yang berlainan iaitu Cyan, Magenta dan hitam. Nokia telah memberikan MeeGo kepada Jolla, sebuah syarikat baru bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada keluarga Lumia yang menggunakan sistem operasi Windows Phone.





    Sumber informasi : MyNokiaBlog
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain