• Nokia Lumia 920 dan 820 diperkenalkan secara rasmi


    Akhirnya Nokia telah pun memperkenalkan dua telefon pintar yang dinantikan semua iaitu Lumia 920 dan Lumia 820 sebentar tadi. Kedua-dua telefon pintar terbaru ini akan menggunakan sistem operasi Windows Phone 8. Bermula dengan Nokia Lumia 920, telefon ini memiliki teknologi skrin terbaru yang digelar sebagai Pure Motion HD+. Ia dikatakan mampu membuat pengubahsuaian bergantung kepada pengcahayaan ketika anda menggunakan Lumia 920. Di samping itu juga, Lumia 920 dilengkapi dengan kamera 8 megapixel PureView dengan penambahan lensa terapung (floating lense). Ia mampu merakam video tanpa sebarang kesan gegaran dengan sistem penstabilan yang sedia ada. Nokia Lumia 920 menggunakan cip pemprosesan dwi teras Snapdragon S4 1.5GHz dengan RAM 1 GB. Ia dilengkapi dengan 32 GB memori dalaman dan 7 GB memori SkyDrive. Skrinnya pula sebesar 4.5inci. Sayangnya ia tidak menyokong penggunaan microSD. Seperti biasa, telefon pintar terbaru keluaran Nokia ini menggunakan micro SIM seperti peranti Lumia yang lain. Lumia 920 dilengkapi juga dengan bateri 2000 mAh yang dijangka boleh bertahan selama sehari untuk penggunaan seharian.




    Telefon bimbit seterusnya adalah Nokia Lumia 820. Ia mempunyai spesifikasi yang agak rendah berbanding Lumia 920. Lumia 820 mempunyai skrin 4.3 inci AMOLED dan tidak menyokong skrin Pure Motion HD+. Menariknya, bahagian belakang telefon pintar ini boleh ditukar mengikut citarasa anda. Konsepnya hampir menyerupai Lumia 700 terdahulu. Ia menggunakan cip pemprosesan dwi teras Qualcomm S4 1.5 GHz dengan RAM 1 GB. Saiz baterinya juga lebih rendah sedikit iaitu 1650 mAh. Storan terbina padanya adalah sebesar 8 GB sahaja namun and boleh menambah kerana ia menyokong penggunaan microSD. Sayang sekali telefon pintar ini tidak dilengkapi dengan teknologi PureView walaupun menggunakan saiz kamera yang sama iaitu 8 megapixel. 



    Apa yang pasti kedua-dua telefon pintar ini menggunakan NFC (Near Field Communication) dan boleh dicas tanpa wayar seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini di Internet. Acara selama sejam tadi sememangnya membuka mata banyak pihak terutama dalam teknologi kamera dan skrin. Nokia sememangnya sudah sinonim dengan kamera yang mampu menangkap gambar yang lebih baik berbanding telefon pintar yang lain. Berkaitan harga, masih tiada lagi kenyataan rasmi dibuat untuk menentukan harganya di pasaran kelak. Kedua-dua Lumia ini bakal berada di pasaran sebelum akhir tahun ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain