• Nokia Purity HD stereo dengan sokongan NFC


    Nokia sebelum ini pernah memperkenalkan headset apabila Lumia 800 dan 710 dilancarkan kepada umum. Kini mereka telah membuat inovasi pada headset ini dengan membawakan penambahan fungsi Bluetooth, NFC serta pembatalan bunyi. Nokia Purity HD stereo yang dikeluarkan oleh Monster ini bakal didatangkan sekali dalam empat warna yang berlainan iaitu hitam, merah, kuning dan putih. Menariknya anda juga boleh menyambungkan wayar audio ke headset ini sekiranya kehabisan bateri. Baterinya juga mampu bertahan selama 24 jam dengan ANC. Khabar angin mengatakan bahawa keempat-empat warna ini bakal juga digunakan untuk peranti Windows Phone 8 Nokia yang akan diumumkan pada 5 September ini. Ada kemungkinan juga mereka akan menawarkan set telefon pintar Windows Phone 8 bersama-sama Nokia Purity HD stereo kepada pembeli terawal. Sebelum ini, Nokia pernah juga membuat perkara yang sama semasa pelancaran Nokia Lumia 800 di Malaysia. Headset ini akan mula dijual dengan harga RM1175 ($376).



    Sumber informasi : Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain