• Pakej Galaxy Note 10.1 dengan Maxis, Celcom dan DiGi

    Samsung Galaxy Note 10.1

    Sementara kita menunggu kemunculan Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, Samsung Malaysia telah melancarkan Galaxy Note 10.1 secara rasmi pada minggu lepas. Hampir kesemua syarikat telekomunikasi di Malaysia telah menawarkan pakej yang menarik untuk digandingkan bersama dengan peranti Galaxy Note 10.1 ini. Seperti yang semua sedia maklum, Galaxy Note 10.1 merupakan versi tablet untuk Galaxy Note yang juga dilengkapi dengan S-Pen bagi memudahkan anda melukis atau menconteng di atas peranti ini. Kejayaan penjualan yang dikecapi oleh Samsung Galaxy Note sudah semestinya akan berlanjutan dengan pengenalan keluarga Note selepas ini.


    Maxis Samsung Galaxy Note 10.1

    Sebagai permulaan, Maxis telah menawarkan dua pakej yang berlainan untuk pengguna iaitu Value Plan 50 dan 75. Anda juga boleh memilih tempoh kontrak sama ada 12 bulan ataupun 24 bulan. Tawaran terendah yang diberikan oleh Maxis adalah RM 1,499 dengan kontrak selama 24 bulan dan bayaran bulanan sebanyak RM 75. Bagi mereka yang ingin menggunakan pelan pembayaran mudah, anda boleh memilih daripada senarai bank yang disediakan iaitu Citibank, HSBC, Maybank dan juga Public Bank. 


    DiGi menawarkan pakej yang lebih banyak berbanding Maxis. Terdapat empat pelan yang boleh dipilih iaitu Smart Plan 48, Smart Plan 68, Smart Plan 88 dan Smart Family. Sama seperti Maxis, anda boleh memilih tempoh kontrak sama ada 12 ataupun 24 bulan. RM 1,299 merupakan tawaran terbaik yang boleh diberikan oleh DiGi dengan pelan Smart Plan 88 dan kontrak selama 24 bulan. DiGi juag menawarkan pelan pembayaran mudah dan anda mempunyai banyak pilihan kerana bilangan bank yang turut serta adalah lebih banyak berbanding Maxis. Bank-bank yang terlibat sama adalah CIMB, Citibank, HSBC, Maybank, Public Bank dan RHB Bank. Sekiranya anda malas untuk ke DiGi Centre berhampiran, anda boleh membeli Galaxy Note 10.1 ini secara online di DiGi Store Online

    Celcom Samsung Galaxy Note 10.1

    Celcom juga menawarkan pakej yang agak menarik untuk Galaxy Note 10.1 ini. Terdapat tiga pelan yang boleh iaitu Celcom First Data Lite + Voice (RM48), Celcom First Data Basic + Voice (RM68) dan Celcom First Data Advance + Voice (RM98). Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan kontrak 24 ataupun 12 bulan. Pelan termurah adalah serendah RM1,388 dengan pengambilan kontrak 24 bulan beserta Celcom First Daya Advance (bayaran bulanan  RM98). Bank yang menawarkan pelan pembayaran mudah pula adalah CIMB, Citibank, Maybank, HSBC dan RHB Bank.

    U Mobile Samsung Galaxy Note 10.1

    Tidak dilupakan juga, U Mobile yang hanya menawarkan dua pakej kepada para pengguna iaitu U58 dan U88. Dengan kontrak selama 12 bulan dan komitmen sebanyak RM88 sebulan, anda boleh memiliki sebuah Samsung Galaxy Note 10.1 denga harga serendah RM 1,429. Tawaran ini amat menarik kerana anda hanya terikat dalam tempoh kontrak yang lebih pendek berbanding tawaran daripada syarikat telekomunikasi yang lain. U Mobile juga membenarkan anda menggunakan pelan pembayaran mudah melalui bank Maybank, HSBC, AmBank, dan RHB Bank.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain