• Pengecas tanpa wayar untuk Nokia Lumia terbaru

    Nampaknya telefon pintar terbaru daripada Nokia akan didatangkan sekali teknologi pengecasan tanpa wayar (wireless charger). Mengikut sumber daripada The Verge, beberapa gambaran awal telah pun tersebar menunjukkan bagaimana teknologi ini beraksi. Peranti pengecas ini kelihatan hampir menyerupai sebuah tetikus (mouse) dan sekiranya anda ingin mengecas telefon pintar Nokia Lumia, anda hanya perlu meletakkan telefon pintar anda di atas peranti ini. Secara automatik telefon pintar ini akan mula dicas. Teknologi yang sama juga pernah dipersembahkan oleh Samsung ketika pengumuman Galaxy S3 suatu ketika dahulu. Namun, peranti ini dijual berasingan. Masih belum dapat dipastikan lagi sama ada peranti pengecas tanpa wayar daripada Nokia ini bakal didatangkan bersama.


    Terdapat dua jenis telefon pintar yang akan diperkenalkan oleh Nokia pada hari esok iaitu Lumia 820 dan 920. Gambar di atas merupakan jangkaan awal bagaimana ia akan kelihatan (kiri : Lumia 820; kanan Lumia 920). Khabar angin mengatakan bahawa Nokia Lumia 920 bakal mempunyai saiz storan sebesar 32GB bersama-sama cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz dan 1GB RAM. Saiz skrinnya juga bakal menjadi lebih besar dengan ukuran 4.5 inci. Lumia 920 juga mungkin akan menerima teknologi PureView namun ia tidaklah sehebat PureView 41 megapixel seperti yang terdapat pada Nokia PureView 808. Apa yang pasti kedua-dua telefon pintar daripada Nokia ini akan menggunakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft iaitu Windows Phone 8.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain