• Perbandingan kamera Lumia 920, iPhone 5, Galaxy S3 dan One X


    Pihak Engadget telah dijemput ke pejabat Nokia di Finland untuk mencuba sendiri kualiti kamera telefon pintar terbaru mereka, Lumia 920 bagi menyangkal dakwaan beberapa pihak tentang kualiti gambar yang dihasilkan. Kali ini, kamera Lumia 920 telah dibandingkan dengan telefon pintar popular seperti Galaxy S3, HTC One X dan juga iPhone 5. Berdasarkan gambar di atas yang telah diambil oleh pihak Engadget sendiri, jelas kelihatan Lumia 920 menghasilkan gambar yang lebih cantik dalam keadaan kurang cahaya. Ini diikuti oleh iPhone 5, HTC One X dan Galaxy S3.


    Mungkin beberapa pihak akan mendakwa ini merupakan salah satu taktik Nokia dalam mempromosikan Lumia 920, namun perlu diingatkan bahawa Engadget merupakan sebuah laman blog yang pro kepada iPhone dan amat jarang sekali kita mendengar mereka bercerita tentang kelebihan Nokia. Saya berpendapat adalah amat penting untuk kita mencuba dulu Lumia 920 dengan tangan kita sendiri sebelum membuat sebarang kesimpulan awal. Jika anda tertanya tanya bagaimanakah gambar-gambar ini di tangkap, kita boleh melihat sendiri prosesnya di sini.

    Sumber informasi : Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain