• Promosi Nokia Lumia 800 dengan harga RM999


    Bagi mereka yang ingin memiliki Nokia Lumia 800, ini mungkin adalah berita baik untuk anda. Nokia Malaysia telah membuat potongan harga buat telefon pintar ini sebanyak RM500. Ini bermakna Nokia Lumia 800 kini boleh dimiliki dengan harga RM999 berbanding harga sebelumnya iaitu RM1,499. Kemungkinan besar Nokia ingin membuat jualan penghabisan stok kerana Nokia Lumia 920 dan 820 bakal tiba di Malaysia dalam masa 2 bulan lagi. Nokia Lumia 800 menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.5 yang boleh dikemaskini kepada Windows Phone versi 7.8. Telefon pintar ini tidak akan menerima kemaskini Windows Phone 8 seperti yang telah diumumkan oleh Microsoft dan Nokia beberapa bulan yang lalu. Lumia 800 boleh dimiliki dalam empat warna yang berbeza iaitu hitam, putih, magenta dan juga cyan. Bagi yang berminat, anda boleh pergi ke kedai Nokia yang berhampiran.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain