• RIM memperlihatkan fungsi asas Blackberry 10


    Pengeluar telefon pintar Blackberry, RIM telah memperkenalkan beberapa fungsi terbaru yang akan terdapat dalam sistem operasi terbaru mereka tidak lama lagi. Sistem operasi yang dikenali sebagai Blackberry 10 (BB10) dilihat amat berlainan daripada reka bentuk Blackberry yang asal di mana ia tidak mempunyai sebarang butang (button) di bahagian depan. Hampir keseluruhan sistem BB10 menggunakan teknologi Swype dengan sepenuhnya. RIM menamakan teknologi ini sebagai Blackberry Flow.

    Antara ciri asas yang terdapat di dalam Blackberry Flow adalah Active Frames. Ia memperlihatkan aplikasi-aplikasi yang telah dibuka dengan lebih pantas di samping menonjolkan informasi penting tentang sesuatu aplikasi ketika ia dikecilkan. Sistem Blackberry Hub turut diperkenalkan di mana ia mampu menggabungkan semua akaun emel dan sosial media anda. Ini termasuklah Facebook, Twitter, BBM dan juga LinkedIn. Fungsi asas seperti jam loceng juga dijadikan lebih menarik dengan mode Bed Side bagi memberikan pengalaman yang berbeza buat para penggunanya. Blackberry dikhabarkan bakal memperkenalkan peranti pertama BB10 seawal tahun depan.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain