• Sampel gambar daripada HTC Windows Phone 8X


    Setelah HTC memperkenalkan Windows Phone 8X, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya adakah kualiti gambar yang dihasilkan daripada kamera telefon pintar ini bakal setanding dengan Nokia Lumia 920 yang menggunakan teknologi Pure View? HTC WP 8X menggunakan 8 MP f/2.0 aperture dengan lensa 28mm dan dikatakan mampu menghasilkan gambar yang bermutu dan kurang pecah. Kini, beberapa gambar yang diambil menggunakan HTC WP 8X telah pun muncul sebagai sampel kepada para pengguna. Yang menariknya, telefon bimbit ini nampaknya mampu menangkap gambar dalam dua nisbah saiz yang berlainan iaitu 16:9 dan juga 4:3. Sayang sekali tidak terdapat sebarang sampel gambar yang menunjukkan prestasi kameranya ketika di kawasan cahaya yang kurang seperti waktu senja dan malam. Oleh itu, kita masih belum dapat mengesahkan sama ada kamera WP 8X atau Lumia 920 lebih hebat.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain