• Samsung bakal memperkenalkan sesuatu pada 24 Oktober


    Nampaknya sesuatu yang besar bakal berlaku pada 24 Oktober ini di New York di mana Samsung akan memperkenalkan peranti terbaru mereka kepada umum. Buat masa ini masih tiada lagi sebarang khabar angin yang mengatakan apa yang bakal diperkenalkan dalam acara ini namun tanggapan awal daripada gambar di atas menjangkakan sesuatu yang berkaitan dengan S-Pen. Berkemungkinan besar Samsung akan memperkenalkan ahli keluarga terbaru Note dalam acara itu. Mungkinkah Samsung akan memperkenalkan peranti Note yang lebih besar daripada Galaxy Note 10.1? Mungkin juga Samsung akan mempersembahkan tablet Windows 8 dan telefon pintar Windows Phone 8 mereka dengan S-Pen. Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung tahun 2012, semakin banyak peranti terbaru muncul bagi menarik minat para pengguna untuk memilikinya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain