• Samsung Galaxy Note 2 Dual SIM dalam pembikinan

    Samsung Galaxy Note 2 Dual SIM

    Kemunculan Samsung Galaxy Note 2 telah menarik perhatian ramai peminat setia telefon pintar di seluruh dunia terutamanya pengguna sistem operasi Android. Terkini, peranti yang memiliki saiz skrin 5.5 inci ini juga dikatakan bakal boleh didapati dalam versi dual SIM. Gambar di atas yang diambil daripada laman web MyDrivers.com, memperlihatkan contoh rupa Galaxy Note 2 yang dilengkapi dengan sokongan dual SIM. Ada kemungkinan juga ini merupakan versi cetak rompak Galaxy Note 2 kerana gambar ini telah ditemui di China sahaja. Namun sekiranya berita ini adalah benar, ini sudah pasti mengembirakan hati ramai pihak kerana kebanyakkan pengguna menggunakan sekurang-kurangnya dua nombor telefon pada masa kini. Galaxy Note yang memiliki cip pemprosesan empat teras 1.6 GHz Exynos dikhabarkan bakal mula dipasarkan di Malaysia mulai bulan depan.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain