• Windows Phone 8S - Telefon pintar pelbagai warna HTC


    Selain daripada Nokia, HTC juga telah memperkenalkan peranti terbaru mereka yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 8 semalam. Salah satu daripada telefon pintar yang diperkenalkan adalah Windows Phone 8S. Hampir menyerupai konsep Nokia Lumia, Windows Phone 8S daripada HTC ini memiliki pelbagai warna yang boleh dipilih pengguna. Telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan Snapdrgaon S4 dwi teras dengan RAM sebanyak 512 MB. Ia memiliki saiz skrin sebesar 4 inci dengan sokongan Gorilla Glass. Dijangkakan telefon ini bakal menjadi pesaing kepada Nokia Lumia 820 kerana ia turut menawarkan sokongan microSD kepada para penggunanya selain daripada storan dalaman sebesar 4GB. Dari segi kamera, ia mempunyai 5MP kamera beserta LED flash dengan lensa 35mm, F2.8. Buat masa ini mereka masih lagi belum mengumumkan harga sebenar Windows Phone 8S kepada umum dan ia dijangka mula dipasarkan pada bulan November ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain