• Angry Bird Star Wars!


    Nampaknya aplikasi permainan popular di telefon pintar, Angry Bird bakal muncul dengan sesuatu yang amat menarik tidak lama lagi. Berdasarkan pada gambar yang telah dimuat naik di laman Tumblr rasmi Angry Bird, kelihatan seekor Angry Bird berpakaian seperti Jedi sambil memegang sebilah lightsaber. Ada kemungkinan ini merupakan sambungan kepada Angry Bird Space yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini. Dalam beberapa minggu ini, laman Tumblr Angry Bird akan terus memberikan informasi terkini seperti gambar di belakang tabir, animasi, komik dan banyak lagi bagi meningkatkan keterujaan anda terhadap permainan yang bakal muncul ini.

    Sudah pasti Angry Bird versi Star Wars ini akan menarik perhatian para peminat setia Star Wars di luar sana. Mungkinkah juga pihak Rovio dalam proses pembikinan sebuah filem untuk Angry Bird versi Star Wars? Sama-sama kita nantikan.

    Kemaskini : Rovio telah mengesahkan bahawa permainan Angry Bird Star Wars akan boleh didapati mulai 8 November ini. Menariknya ia boleh di dapati di dalam banyak sistem operasi seperti iOS, Android, Windows Phone, Kindle Fire dan juga komputer. Laman rasmi Angry Bird Star Wars


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain