• Aplikasi Nokia City Lens kini boleh dimuat turun ke peranti Lumia


    Antara aplikasi yang menjadi tarikan utama Nokia Lumia 920 dan 820 merupakan Nokia City Lens. Tahukah anda, kini anda sudah boleh memuat turun aplikasi ini ke dalam peranti Nokia Lumia yang sedia ada seperti Lumia 610, 710, 800 dan 900? Walaupun keempat-empat telefon pintar ini tidak menggunakan Windows Phone 8, namun anda tetap boleh menikmati teknologi secara percuma. Nokia City Lens merupakan sebuah aplikasi AR (Augmented Reality) yang membolehkan anda menggunakan kamera pada telefon pintar Lumia anda untuk mencari tempat-tempat menarik di sekeliling anda. Anda boleh memilih daripada senarai kategori pilihan yang diberi seperti tempat makan, pengangkutan, dan sebagainya dengan mudah. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan kamera, anda masih boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyenaraikan tempat-tempat menarik dalam bentuk listing. Sama seperti aplikasi Nokia yang lain, Nokia City Lens digabungkan dengan Nokia Maps dan Drive bagi memudahkan anda bergerak ke tempat yang dituju. Sekiranya anda berminat untuk mencuba aplikasi ini, anda boleh pergi ke Marketplace di dalam peranti Lumia anda dan memuat turunnya secara percuma. Perlu diingatkan Nokia City Lens hanya direka khas untuk pengguna Nokia Lumia sahaja dan pengguna Windows Phone yang lain seperti HTC dan Samsung tidak boleh menggunakannya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain