• Apple bakal melancarkan iPad Mini pada 23 Oktober


    Mengikut informasi daripada pihak AllThingsD, Apple akan menganjurkan sebuah majlis pada 23 Oktober ini untuk melancarkan tablet mini terbaru mereka yang bakal diberi nama iPad Mini. Pihak Reuters juga telah mengesahkan tarikh majlis berkenaan namun ia tidak melaporkan apakah peranti yang akan diperkenalkan pada minggu hadapan. Informasi awal mengatakan iPad Mini akan memiliki skrin bersaiz 7.85 inci, lebih besar berbanding 7 inci skrin Kindle Fire Amazon dan Google Nexus 7. Salah satu akhbar di United Kingdom mendakwa iPad Mini hanya akan menyokong WiFi sahaja apabila Apple tidak akan membawa masuk teknologi 3G/4G ke dalam peranti terbaru ini. Boleh dikatakan ia umpama iPod Touch yang sudah diperbesarkan sahaja. Sama seperti teknologi iPhone 5, iPad Mini akan menggunakan port Lightning di samping cip pemprosesan A6.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain