• Asus Padfone 2 diperkenalkan di Taiwan


    Bagi mereka yang menggemari binaan peranti teknologi semua dalam satu, anda mungkin akan meminati Asus Padfone 2 yang diperkenalkan semalam. Peranti terbaru daripada Asus ini merupakan pengganti kepada Asus Padfone yang telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Apa yang membuatkan peranti ini menarik adalah anda boleh menukar telefon pintar anda kepada tablet yang mempunyai saiz skrin yang lebih besar dengan pantas.

    Peranti gabungan tablet dan telefon pintar ini telah dilancarkan di Taiwan dengan spesifikasi cip pemprosesan empat teras Qualcomm APQ8064 dan 2GB RAM. Saiz skrin telefon pintar ini juga agak besar iaitu 4.7 inci manakal saiz tabletnya sebesar 10.1 inci. Anda juga tidak akan mengalami masalah kehabisan bateri kerana ia dilengkapi dengan bateri 2,140 mAh untuk telefon dan 6,600 mAh untuk tablet. Kameranya telah dipertingkatkan kepada 13 megapixel dengan sensor f/2.4 BSI. Buat masa ini ia masih menggunakan Android Ice Cream Sandwich namun Asus telah berjanji akan membawa masuk Jelly Bean tidak lama lagi.

    Asus Padfone 2 dijangka akan mula dipasarkan di Malaysia sebelum penghujung tahun ini dan dikhabarkan akan menjadi pesaing hebat kepada Samsung Galaxy Note 2 kerana fungsi fleksibal yang terdapat padanya. Anda boleh memilih sama ada untuk memiliki versi 16GB ataupun 64 GB.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain