• Fungsi Windows Phone 8 diumumkan secara rasmi


    Semalam merupakan giliran Windows Phone 8 untuk membuka mata dunia apabila Microsoft telah melancarkan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam sistem operasi itu secara rasminya. Walaupun buat masa ini Windows Phone memegang 5 peratus daripada pasaran telefon pintar di seluruh dunia, namun ini tidak menghalang Microsoft untuk terus bersaing untuk sampai ke puncak teratas. Seperti yang kita tahu, Windows Phone buat masa ini tidak memerlukan cip pemprosesan yang tinggi seperti terdapat di dalam peranti Android mahupun iOS. Setiap peranti Windows Phone 8 hanya perlu menggunakan cip pemprosesan dwi teras Snapdrafon. Perkara ini mendapat kritikan ramai namun Microsoft tetap dengan pendirian mereka kerana ingin memastikan jangka hayat bateri peranti Windows Phone akan bertahan dengan lebih lama. Walaupun hanya menggunakan cip pemprosesan dwi teras atau satu teras, ia tetap mampu beroperasi dengan mantap dan lancar tanpa sebarang gangguan (lag).

    Kemaskini Paparan Pengguna


    Kemaskini yang paling jelas kelihatan pada Windows Phone 8 berbanding Windows Phone 7.5 adalah paparan antara muka penggunanya. Fungi Live Tiles kini menjadi lebih menarik kerana anda boleh membesar atau mengecilkan kotak-kotak ini kepada tiga saiz yang berlainan. Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyusan Live Tiles ini untuk kegunaan seharian. Selain daripada itu, skrin kunci asas pada Windows Phone juga telah diperhebatkan dengan fungsi Live Apps. Anda boleh melihat kemaskini informasi seperti skor sukan, kemaskini Facebook secara terus melalui skrin kunci anda. Ia sekaligus mempercepatkan masa anda untuk mendapatkan informasi terkini dan menjimatkan bateri telefon pintar anda.

    Sokongan ke Komputer


    Reka bentuk Windows 8 kini telah pun menyerupai Windows Phone. Ini merupakan satu langkah besar buat Microsoft dalam memperkenalkan Modern UI (dulu dikenali sebagai Metro UI) kepada semua pengguna. Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan Windows Phone, aplikasi Zune sudah pasti menjadi benda yang wajib dimuat turun ke dalam komputer anda. Melalui kemaskini Windows Phone 8, kini terdapat lebih banyak cara untuk menghantar fail ke dalam telefon pintar dan komputer. Selain daripada Zune, anda juga boleh menggunakan iTunes dan Windows Media Player untuk menguruskan lagu-lagu yang terdapat di dalam telefon pintar anda. Jika anda sudah terbiasa dengan Android, anda juga boleh menggunakan peranti Windows Phone 8 anda sebagai storan tambahan seperti USB drive ataupun pemacur keras tambahan. Melalui sistem OTA (Over The Air), anda boleh menghubungkan telefon anda dengan komputer tanpa wayar sama seperti Android dan iOS. Sekiranya anda ingin membuat salinan keselamatan (backup) untuk data SMS, aplikasi dan gambar, ia turut disertakan bersama.

    Wallet dan NFC


    Teknologi NFC sememangnya semakin popular di kalangan pengguna dan ia dikatakan akan menggantikan fungsi Bluetooth. Windows Phone 8 juga membawa fungsi ini untuk penggunanya berkongsi gambar, video dan sebagainya kepada rakan-rakan mereka. Sayangnya, buat masa ini Windows Phone 8 tidak boleh berkongsi dengan peranti Android melalui NFC. Selain daripada itu, teknologi NFC juga digunakan untuk aplikasi Wallet. Ia seumpama aplikasi Passbok (iOS) dan Google Wallet (Android). Tidak pasti bilakah teknologi ini akan diimplementasikan di Malaysia namun petanda awal sudah pun kelihatan apabila Maxis telah melakukan kerjasama dengan syarikat Touch n Go.

    Rooms dan Data Sense

    Penambahan pada People Hub juga jelas kelihatan pada fungsi Rooms. Ia merupakan kemaskini daripada Group yang sedia ada. Melalui Rooms, anda boleh berborak dan berkongsi tentang sesuatu perkara bersama-sama dengan kumpulan rakan-rakan anda. Bayangkan ia seumpama Facebook Group untuk Windows Phone. Menariknya anda boleh berkongsi bukan sahaja mesej malah kalendar dan gambar juga turut boleh dikongsikan bersama-sama. Jika anda pengguna Internet yang setia, masalah sekatan data pastinya akan menghantui diri anda. Dengan fungsi Data Sense, pengguna Windows Phone boleh menjimatkan penggunaan data kerana ia akan membenarkan anda melayari laman web dengan penggunaan data serendah yang mungkin. Walau bagaimanapun, ia akan diperkenalkan agak lewat kerana ia memerlukan kerjasama antara Microsoft bersama dengan syarikat telekomunikasi terdahulu.

    Aplikasi Baru

    Menurut Microsoft, kini terdapat 120,000 aplikasi yang terdapat di dalam Windows Phone Store. Angka ini dijangka bertambah dengan drastik apabila 46 daripada 50 aplikasi popular akan dibawa masuk ke dalam Windows Phone. Ini bermakna kita mungkin akan melihat aplikasi seumpama Temple Run, Angry Birds Star Wars, Instagram dan Flipboard tidak lama lagi. Menariknya aplikasi peta terkenal di Lumia, iaitu Nokia Maps juga boleh dimuat turun oleh semua pengguna Windows Phone (termasuk Samsung, HTC) tidak lama lagi. Nokia Maps telah menggantikan Bing Maps sebagai aplikasi peta rasmi untuk Windows Phone 8.


    Sumber informasi : Engadget dan Amanz.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain