• Gambaran awal Blacberry 10 tersebar di Internet


    Laman web CrackBerry telah menemui sebuah video yang dikatakan mempamerkan gambaran awal peranti terbaru daripada RIM yang menggunakan sistem operasi BB10. Menurut CrackBerry, telefon bimbit skrin sentuh itu diberi nama Blackberry L Series manakala yang menggunakan papan kekunci digelar sebagai Blackberry N Series. Walaupun video yang telah dimuat naik di dalam Vimeo ini telah pun ditarik semula, namun pihak CrackBerry sempat membuat beberapa screenshot untuk tatapan peminat setia Blackberry. Kedua-dua telefon pintar yang dikatakan bakal keluar pada awal tahun hadapan kelihatan amat menarik dan unik. Apa yang pasti Blackberry N Series juga dijangka bakal memiliki teknologi skrin sentuh di samping papan kekunci yang sedia ada kerana kebanyakkan fungsi di dalam BB10 memerlukan teknologi sentuhan pada skrin. Persoalannya adakah anda sanggup menunggu sehingga tahun 2013 untuk memiliki sebuah peranti BB10 atau anda akan pergi ke pengeluar telefon pintar yang lain seperti Samsung, Nokia dan Apple?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain