• Harga rasmi Samsung Galaxy Note 2


    Semalam, pihak Samsung telah pun melancarkan Galaxy Note 2 secara rasminya di Malaysia. Telefon pintar yang amat dinantikan oleh pengguna Android ini akan mula dijual pada 19 Oktober ini dengan harga serendah RM2,299 tanpa sebarang kontrak dengan mana-mana syarikat telekomunikasi. Pihak Maxis, DiGi dan Celcom juga akan menawarkan telefon pintar ini kepada semua pelanggan mereka tidak lama lagi.

    Seperti yang diketahui umum, Galaxy Note 2 bakal memiliki cip pemprosesan empat teras di samping RAM sebesar 2GB. Paling menarik, kapasiti baterinya sebesar 3,100 mAh sudah pasti membuatkan ia bertahan dengan lebih lama berbanding peranti Android yang sedia ada. Telefon pintar bersaiz 5.5 inci akan menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu JellyBean 4.1. Bagi peminat setia kedai buku MPH, Samsung telah pun bekerjasama dengan syarikat ini bagi  membawa masuk buku digital ke dalam peranti Android anda. Buat masa ini hanya 16GB storan sahaja yang dikeluarkan untuk pengguna Malaysia.

    DiGi menawarkan harga serendah RM1,399, manakala Maxis menawarkan harga yang lebih tinggi iaitu pada  harga RM1,549. Celcom merupakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan yang terendah iaitu pada harga RM1,368. Buat masa ini, hanya DiGi sahaja yang menawarkan tempahan awal melalui Internet dan sekiranya anda berminat, anda boleh melayari laman web mereka di sini. Samsung Galaxy Note 2 akan ditawarkan dalam dua warna yang berlainan iaitu kelabu dan putih.

    Sumber informasi : SoyaCincau dan Amanz.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain